Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah
kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga
menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan
cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui
nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan
nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya
menjadi satu nombor tunggal
~ nak kira nyer senang je.... katakan bday korang
1 januari 1980 maknanye..
1+1+1980=1982 lepas tu campur lagi 1+9+8+2=20 kmdn
campur lagi sampai dapt satu digit nombor 2+0=2..
ok makna nyer ko nyer no adalah 2... ok.... ~
1. Ketulenan
* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan
boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka
menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik
mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan
pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang
mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert
Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd,
Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
* Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap
keperluan dan perasaan orang lain sebelum
mengambil kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal dan suka
mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan
berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam
hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian
jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah
pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan
nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan
secara terbuka tanpa berselindung. Golongan
terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President
Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas
Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra,
romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang
dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat
sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann
Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador
Dali, Jody Foster
4. Konsevatif
* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham
sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras dan sangguh
melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar
dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih feksibel
dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4:
Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld
Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
* Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap
ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat
bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka
disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari
sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
* Persoalan yang bermain difikiran mereka
tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat
sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta
yang diperlukan sebelum membuat sesuatu
kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai
nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte,
Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler,
Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
* Golongan ini adalah idealistik dan
memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. -
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat
mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan
menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru
yang terbaik.
* Mereka suka seni musik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada
sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh
diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:
Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly
Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
* Golongan ini adalah Pencari. Selalu
menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka
sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan
mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada
disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah
dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan
berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka
tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang
mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare,
Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess
Diana
8. Penyelesaian
* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang,
penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang
hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang
terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia.
Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan
cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat
keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada
mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal
yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra
Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo
Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk
menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak
mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa
jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap
asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai
sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang
boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut
persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik
tetapi juga boleh menderita akibat terlalu
bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina
landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang
mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer,
Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem,
Jimmy Carter, Elvis Presley.
~Ini hanya sebagai paparan sahaja... bukan betul
pun kekadang jer ader yang mungkin sama itupun
nasib..jadi yang baik jadik ambik iktibar yang tak
baik tu buang jauh ler.... ~
Friday, August 19, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment